Apakah Itu RUMAWIP / Residensi Wilayah?
Program Residensi Wilayah (dahulunya dikenali sebagai RUMAWIP) adalah inisiatif perumahan mampu milik yang dibangunkan oleh pemaju swasta dengan kerjasama Jabatan Wilayah Persekutuan bagi membantu golongan berpendapatan sederhana memiliki kediaman pertama di Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan pada harga siling RM300,000.
Syarat-syarat Utama Kelayakan:
- Warganegara Malaysia: Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun ke atas ketika membuat permohonan.
- Kelahiran / Menetap / Bekerja: Pemohon mestilah lahir, menetap, ATAU bekerja di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur / Putrajaya / Labuan).
- Had Pendapatan Kasar Bulanan:
- Bujang: Pendapatan kasar tidak melebihi RM10,000 sebulan.
- Berkahwin (Suami & Isteri): Jumlah pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM15,000 sebulan.
- Rumah Pertama di Wilayah Persekutuan: Pemohon tidak pernah memiliki sebarang kediaman bertaraf hak milik kediaman di Wilayah Persekutuan.
- Syarat Moratorium (Sekatan Jual Semula): Rumah tidak boleh dijual dalam tempoh 10 tahun dari tarikh Perjanjian Jual Beli (SPA) ditandatangani.
Dokumen Wajib Semasa Memohon:
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon & Pasangan (jika berkahwin).
- Penyata Gaji 3 Bulan Terkini (6 bulan jika ada elaun/komisen).
- Penyata Bank 3 Bulan Terkini (menunjukkan kemasukan gaji).
- Penyata KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) terkini.
- Surat Pengesahan Majikan.
- Bil Utiliti elektrik/air terkini sebagai bukti alamat kediaman.
Ingin Tahu Kelayakan Anda Untuk Projek Terkini?
Pasukan perunding kami bersedia membantu semakan DSR dan pemilihan unit mengikut bajet anda 100% percuma.