Apakah Itu DSR (Debt Service Ratio)?
DSR ialah nisbah peratusan jumlah komitmen hutang bulanan anda berbanding pendapatan bersih bulanan anda. Pihak bank menggunakan formula ini untuk menentukan sama ada anda layak menerima pinjaman perumahan atau tidak.
Formula Asas DSR:
DSR (%) = (Jumlah Komitmen Bulanan + Anggaran Ansuran Rumah Baru) / Pendapatan Bersih Bulanan x 100
Contoh Pengiraan:
- Gaji Bersih (selepas tolak KWSP/SOCSO/PCB): RM3,500
- Komitmen semasa (PTPTN + Pinjaman Kereta): RM600
- Anggaran Ansuran Rumah RUMAWIP RM300,000 (35 tahun @ 4.2%): RM1,350
- Jumlah komitmen baru = RM600 + RM1,350 = RM1,950
- DSR = (RM1,950 / RM3,500) x 100 = 55.7%
Kebanyakan bank di Malaysia menerima kadar DSR sehingga 60% hingga 70% bagi golongan pendapatan sederhana, bermakna permohonan dalam contoh di atas adalah SANGAT BERPOTENSI LULUS!
Bantuan Pembeli Rumah
Perlukan Bantuan Semakan Kelayakan & Pilihan Rumah Sesuai?
Pasukan kami menyediakan khidmat semakan DSR percuma, kalkulator pinjaman, serta senarai projek Rumah Teres & RUMAWIP yang sepadan dengan gaji anda.